VIENNA: Lembaga Pengarah agensi atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mula bermesyuarat di sini semalam dengan program nuklear Iran menjadi agenda utama.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berusaha untuk mendapatkan akses kepada sebuah pangkalan tentera Iran yang didakwa menjadi tempat Republik Islam itu menguji senjata atom menerusi program nuklearnya.
Mesyuarat 35 anggota lembaga itu yang dilangsungkan secara tertutup sepanjang minggu ini, diadakan berikutan usaha Amerika Syarikat, Barat dan Israel untuk mengekang aktiviti nuklear Iran.
Dalam laporan terbarunya minggu lalu, agensi tenaga atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu berkata, imej baru satelit menunjukkan berlaku kegiatan besar-besaran di Pangkalan Tentera Parchin. Selama ini, hampir tiada kegiatan dikesan di pangkalan itu.
Imej terbaru itu, antara lain menunjukkan pembakaran dua bangunan yang disyaki pakar sebagai tanda pembersihan di pankalan itu.
IAEA percaya beberapa ujian bahan letupan yang mencurigakan dilakukan di pangkalan berkenaan.
“Ini akan menjejaskan keupayaan agensi ini untuk melakukan pengesahan secara berkesan,” menurut laporan agensi itu.
IAEA cuba mendapatkan kebenaran memasuki pangkalan itu pada Januari dan Februari lalu tetapi ditolak oleh pihak berkuasa Iran. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment