Pages

Tuesday, June 5, 2012

Yahudi bakar bangunan didiami pendatang Afrika

myMetro | Yahudi bakar bangunan didiami pendatang Afrika:

BAITULMAQDIS: Empat pendatang Afrika dihantar ke sebuah hospital Israel semalam selepas cedera dan lemas akibat terhidu asap berikutan cubaan membakar bangunan tempat mereka tinggal.
Kejadian itu, yang dianggap polis sebagai amat serius, berlaku di bangunan lama dua tingkat di kawasan kediaman sesak berhampiran Pasar Mahane Yehuda pada awal pagi.

Menurut polis, kebakaran bermula di lorong masuk yang sempit menuju ke beberapa apartmen di dalam bangunan berkenaan, tempat 18 pendatang Afrika menginap.
Contengan bahasa Yahudi pada tembok di luar bangunan itu berbunyi: “Keluar dari kawasan ini.” Jurucakap polis rejim Zionis berkata, perbuatan membakar itu mensasarkan penghuni di dalamnya.

Peningkatan jumlah warga Afrika di Israel menjadi tajuk akhbar sejak kebelakangan ini selepas ketegangan kaum mencetuskan rusuhan di selatan Tel Aviv. - AP

'via Blog this'

No comments: