MINNESOTA 4 Jun - Sebuah jam penggera yang menyerupai bom jangka dicipta oleh seorang rakyat Amerika Syarikat di sini, baru-baru ini.
Michael Krumpus, 41, berkata, dia mendapat ilham untuk mencipta jam itu selepas menonton filem-filem Hollywood.
Menurutnya, jam penggera itu membolehkan pembelinya mengharungi situasi cemas selama beberapa saat untuk memotong wayar yang betul sebelum ia 'meletup' (berbunyi).
Fungsi wayar pada jam penggera itu akan berubah setiap pagi dan pengguna perlu membuat pilihan antara dua kabel.
"Saya fikir ia akan lebih menarik jika ada jam penggera yang kelihatan seperti bom jangka seperti yang kita selalu lihat dalam filem-filem Hollywood," katanya.
Jam ini sangat serupa dengan bom jangka sebenar dan disebabkan itu Michael turut meletakkan mesej di dalam laman webnya untuk memaklumkan kepada perkhidmatan keselamatan bahawa ia bukan bom sebenar.
Dia juga mengingatkan pengguna supaya tidak membawa jam ini keluar rumah kerana berisiko mencetuskan huru-hara.
Jam berharga 27 pound (RM132) itu boleh dibeli menerusi Internet. - AGENSI
No comments:
Post a Comment