Pages

Tuesday, June 5, 2012

Israel lengkap kapal selam dengan peluru berpandu nuklear

Israel lengkap kapal selam dengan peluru berpandu nuklear:

Gambar fail bertarikh 27 Julai, 1999 merakamkan gambar kapal selam Dolphin buatan Jerman yang dibeli Israel. Kapal selam itu dilaporkan dilengkapi senjata nuklear. - AFP
BERLIN 4 Jun - Israel didakwa melengkapkan kapal selam yang dibekalkan oleh Jerman dengan peluru berpandu nuklear, lapor majalah mingguan negara ini, Der Spiegel.
Majalah itu dalam artikel utamanya melaporkan, Berlin sehingga ini menafikan mempunyai maklumat tentang kapal selam buatan Jerman itu yang digunakan oleh tentera Israel.
Bagaimanapun, bekas pegawai berpangkat tinggi di Kementerian Pertahanan Jerman memberitahu Der Spiegel bahawa kerajaan sentiasa mempunyai anggapan Israel melengkapkan kapal selam kelas Dolphin itu dengan peluru berpandu nuklear.
Artikel tersebut adalah berdasarkan siasatan selama sebulan yang memetik fail-fail daripada Kementerian Luar di Berlin yang menunjukkan Jerman Barat sedar mengenai tindakan Israel itu sejak 1961.
Di Israel, jurucakap Kementerian Luar, Yigal Palmor hanya mengesahkan rejim Zionis itu memiliki kapal selam buatan Jerman.
''Ia bukan satu rahsia, Tetapi untuk perkara lain saya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengulasnya,'' katanya kepada AFP.
Israel merupakan satu-satu negara di Asia Barat yang tidak mengisytiharkan mempunyai kelengkapan senjata nuklear.
Jerman telah membekalkan Israel dengan tiga buah kapal selam berkenaan dan menanggung kos pembuatannya dan tiga lagi kapal selam tersebut akan dihantar menjelang 2017 di bawah satu kontrak yang baru ditandatangani.
Laporan itu menyatakan Israel kini menimbang untuk menambah tiga lagi kapal selam berkenaan.
Dalam pada itu, parti pembangkang Jerman, Parti Sosial Demokrat, semalam meminta kerajaan pimpinan Canselor, Angela Merkel memberikan penjelasan berhubung laporan itu.
Jurucakap Merkel, Steffen Seibert berkata, semua kapal selam yang dihantar ke Israel itu tidak dilengkapkan dengan peluru berpandu. - AFP

'via Blog this'

No comments: