Pages

Thursday, May 6, 2010

Wanita tanpa tangan mahir taekwondo





RADZIEWICZ membuat tendangan dengan menggunakan kakinya.



BOSTON - Seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Sheila Radziewicz yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan dan tempurung lutut kini melakukan persediaan untuk mengambil ujian tali pinggang hitam taekwondo.
Dia dijangka mengambil ujian itu pada bulan depan di Studio Kesenian Mempertahankan Diri Bruce McCorry di Peabody, Massachusetts.
Radziewicz yang berasal dari Salem dan berusia 32 tahun memberitahu akhbar The Salem News dia sudah menjalani latihan selama tiga tahun.
Wanita itu kini merupakan pemegang tali pinggang coklat.
Dia menghidap sindrom thrombocytopenia-absent radius yang menyebabkan kedua-dua tangannya tidak mempunyai tulang sejak dilahirkan.
Menurut jurulatih wanita itu, Bruce McCorry, dia belum pernah melihat pelajar kurang upaya seperti Radziewicz.
Wanita itu mampu memecahkan papan keras dengan menggunakan kakinya.
Radziewicz yang merupakan aktivis bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga berkata, dia tidak pernah menjadikan kekurangan pada dirinya sebagai penghalang untuk melakukan sesuatu.
Pada usia 23 tahun, Radziewicz telah memperoleh lesen memandu kenderaan namun dia menggunakan sebuah kereta yang dikawal dengan kakinya. - AP

No comments: