Pages

Tuesday, June 5, 2012

'Osama hidup sederhana jimat wang demi berjihad'

Berita Harian Online | 'Osama hidup sederhana jimat wang demi berjihad':
Ayman al-Zawahiri
Ayman al-Zawahiri


LONDON: Pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden, menjalani kehidupan berjimat cermat, memperuntukkan semua kemewahan peribadinya untuk menyerang kepentingan Barat dan menyediakan makanan lazat untuk tetamu, kata Ayman al-Zawahiri. 

Dalam video terbaru yang disiarkan secara online bertajuk ‘Hari-hari bersama imam, Bahagian Kedua,’ Zawahiri, yang mengambil alih kepemimpinan al-Qaeda selepas pembunuhan Osama setahun lalu, menceritakan semula kehidupan ketuanya yang selesa dengan kehidupan tidak seberapa.
“Apabila memasuki rumahnya, anda akan terperanjat. Hiasan rumahnya amat ringkas, dengan beberapa katil kayu dan sedikit perabot. Jika beliau menjemput kami ke rumah, beliau akan menjamu kami makan roti, sayur dan nasi - apa saja yang ada beliau akan sediakan untuk kami,” katanya.
Osama terbunuh di Pakistan Mei lalu dalam serangan tengah malam oleh pasukan khas Amerika Syarikat, menamatkan usaha memburunya selama 10 tahun. 

“Beliau membelanjakan wangnya untuk jihad,” kata Zawahiri, sambil menambah Osama memberi sumbangan AS$50,000 (RM150,000) untuk membantu membiaya pengeboman kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada tahun 1998. 

Pada masa itu, Osama cuma memiliki harta tidak sampai AS$55,000 (RM165,000). 

Zawahiri kadang-kadang ketawa ketika mengingatkan kembali memori bersama Osama, yang dikatakan menggesa pejuang mujahidin tidak menggunakan bekalan elektrik sebagai persiapan untuk kesukaran hidup dalam pelarian. 
Di sebalik kesederhanaan kehidupannya, Osama adalah hos yang pemurah dan pernah membeli sekawan biri-biri untuk memasak makanan untuk pelawatnya dari Afghanistan. 

“Beliau dikenali pemurah dengan tetamu. Beliau akan menyembelih ternakan untuk mereka dan memberikan mereka makanan yang lazat,” katanya. 

Zawahiri adalah orang kuat Osama dan menjadi perancang kebanyakan strategi al-Qaeda untuk sekian lama. –Agensi 
'via Blog this'

No comments: