BRUSSELS - Seorang penyelam bebas di Brussels, Belgium memberanikan diri dengan menyelam ke dalam kolam renang paling dalam di dunia tanpa alat bantuan pernafasan.
Guillaume Nery, 29, nekad untuk sampai ke dasar kolam renang yang berkedalaman 33 meter itu hanya berbekalkan pelindung mata untuk sampai ke dasar NEMO 33 dengan selamat.
Kolam renang tersebut mengandungi 2.5 juta liter air tanpa klorin yang biasanya digunakan dalam sesi latihan menyelam skuba dan dilihat sebagai lokasi terbaik untuk penyelam menggilap kemahiran mereka.
Aksi berani mati dilakukan Nery mungkin mendapat maklum balas positif berbanding tindakannya yang terdahulu iaitu menyelam di pelabuhan merentasi dunia.
Pakar penyelam bebas kelahiran Perancis itu pernah memecahkan rekod dunia dengan menyelam pada kedalaman 87 meter di pelabuhan Villefranchesur- Mer di Alpes-Maritimes, Perancis pada 2002.

Pada 2004, sekali lagi Nery berjaya menyelam sehingga kedalaman 96 meter di Saint-Leu, la Reunion, sebelum memecahkan rekodnya pada 2006 dengan selaman pada kedalaman 109 meter di Nice, Perancis.
No comments:
Post a Comment