Pages

Sunday, May 27, 2012

Enam pelombong emas mati tertimbus tanah runtuh

JAKARTA - Sekurang-kurangnya enam pelombong emas haram mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Gunung Pilar, daerah kecil Jasinga, Bogor, Jawa Barat, malam tadi.
   
Ketua Bidang Pengurusan Bencana Daerah Bogor, Budi Aksomo berkata ada kira-kira 20 pelombong di kawasan itu apabila kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8 malam.
   
"Pada masa ini pasukan mencari dan menyelamat masih menjalankan operasi di tempat kejadian," katanya hari ini, sambil menjelaskan bahawa keadaan di tempat kejadian menyulitkan usaha menyelamat.
   
Budi tidak menolak kemungkinan meningkatnya jumlah mangsa kerana sehingga kini baru lapan orang yang dipastikan selamat.
   
Sebahagian besar daripada pelombong haram itu merupakan penduduk Sukamulih, di daerah kecil Sukajaya, Bogor.
   
Budi berkata sejak kebelakangan ini hujan lebat di kawasan perlombongan itu telah menyebabkan tanah di situ menjadi tidak stabil. - Bernama

No comments: