Pages

Sunday, May 27, 2012

Menteri Vietnam dipecat kerana suami pecah amanah


HANOI - Seorang menteri Vietnam semalam dipecat oleh parlimen negara komunis tersebut selepas dituduh tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa suaminya yang berketurunan Vietnam-Amerika dikehendaki atas tuduhan menipu.
Dang Thi Hoang Yen, 53, ialah pengerusi pemaju hartanah taman industri, Tan Tao Group yang juga merupakan salah seorang individu terkaya di Vietnam
Yen hilang kerusinya dalam Parlimen yang mempunyai 500 ahli selepas 457 ahli megundi untuk menyokong pemecatannya, lapor akhbar Thanh Nien.
Beliau berkahwin dengan Jimmy Tran, 57, yang kini tinggal di Amerika Syarikat (AS). Pada tahun 2010, Tran dituduh melakukan pecah amanah ke atas beberapa aset sebuah syarikat swasta.
Yen juga tidak menyatakan bahawa beliau sudah menjadi ahli parti pemerintah dalam permohonan pertamanya untuk menjadi calon anggota Parlimen.
Di bawah undang-undang Vietnam, ahli Parlimen boleh dipecat jika memalsukan maklumat ketika memohon jawatan tersebut. - AFP

No comments: