Pages

Sunday, May 27, 2012

Hukum Islam ditolak di Kansas

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


KANSAS CITY 26 Mei - Gabenor Kansas, Sam Brownback menandatangani satu rang undang-undang yang menghalang mahkamah dan agensi di negara ini menggunakan undang-undang syariah atau undang-undang luar dari Amerika Syarikat (AS) apabila membuat keputusan, tindakan yang dikritik oleh pergerakan Islam.
Rang undang-undang itu digelar sebagai 'rang undang-undang syariah' kerana pengkritik menyatakan ia menyasarkan undang-undang Islam berkenaan.
Penentang undang-undang baru Kansas itu menyatakan, ia boleh menyebabkan wasiat atau kontrak undang-undang antara penganut Islam terbatal dengan sendirinya.
Penyokong pula menyatakan, undang-undang itu akan memberi jaminan kepada orang asing di Kansas bahawa undang-undang dan Perlembagaan Amerika Syarikat (AS) akan melindungi mereka.

No comments: