Pages

Sunday, May 27, 2012

Padah berat badan melebihi had

SOUTH WALES - Seorang remaja perempuan di South Wales, Britain, terpaksa keluar dari rumahnya dengan bantuan kren berikutan saiz dan berat badannya melebihi had.

Kerja-kerja mengeluarkan Georgia Davis, 19, seberat 400 kilogram (kg) itu, mengambil masa lapan jam dengan melibatkan kira-kira 30 anggota terdiri daripada bomba dan penyelamat serta polis yang terpaksa menebuk lubang pada dinding rumahnya sebelum dibawa masuk ke dalam ambulans.

Georgia perlu dirawat secepat mungkin kerana menghidapi kegagalan fungsi organ dalaman badan sebaik sahaja berat badannya mencecah 400 kg.

Bagi melancarkan bantuan terhadap Georgia pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan di depan kediamannya.

No comments: