LEBIH 34,000 hektar kawasan hutan di Taman Negara Gila, New Mexico musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.
Kira-kira 500 anggota bomba kini cuba memadamkan kebakaran yang bermula di dua bahagian berasingan di hutan berkenaan yang dicetuskan oleh kilat pada awal minggu ini.
Kebakaran hutan tersebut menjadi marak ekoran angin kuat sejak beberapa hari lalu.
Sekurang-kurangnya 12 pondok kabin dan tujuh bangunan kecil serta sebuah pekan kecil milik individu, Mogollon musnah dalam kebakaran itu.
Angin kencang membawa abu sejauh antara 21.7 dan 26 kilometer dari tempat kejadian, manakala asap tersebar ke seluruh negeri itu dan mula bergerak ke Arizona. - AGENSI
No comments:
Post a Comment