Menurut pemimpin Tahrik-e-Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan, jika keluarga Osama tidak dibebaskan secepat mungkin, mereka akan melancarkan serangan ke atas hakim, peguam dan kakitangan keselamatan yang terbabit dalam perbicaraan mereka.
“Kami akan melakukan serangan berani mati di seluruh negara,” katanya.
Tiga balu Osama akan dibicarakan tetapi tidak jelas hukuman menanti mereka jika disabitkan kesalahan.
Selepas Osama dibunuh, tiga isteri dan sejumlah anaknya adalah antara 16 individu ditahan Pakistan.
Dua daripada isteri Osama adalah warga Arab Saudi, manakala seorang lagi dari Yaman. - Reuters
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment