Pages

Saturday, March 10, 2012

Seorang lagi ditahan bantu siasatan Nadirah hilang

Seorang lagi ditahan bantu siasatan Nadirah hilang - Semasa - Sinar Harian:
Nurul Nadirah Abdullah
SENAI – Pihak polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan kanak-kanak perempuan, Nur Nadhirah Abdullah, 5, berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan semalam jam kira-kira 4 petang di Bandar Seri Alam dan akan ditahan reman selama seminggu.
Bagaimanapun katanya, kes kehilangan kanak-kanak berkenaan masih dalam siasatan dan tiada petunjuk baru diperolehi manakala tiga suspek iaitu seorang lelaki dan sepasang suami isteri yang ditahan sebelum ini masih direman sehingga 16 Mac depan.
"Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan kedudukan kanak-kanak ini dan kami turut sama membantu dalam operasi mencari di setiap lokasi terbaru yang dimaklumkan ahli keluarga mangsa," katanya.
Sementara itu, dua kanak-kanak berusia tujuh dan lapan tahun iaitu anak kepada suspek sepasang suami isteri yang ditahan diletakkan dibawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Terdahulu, Sinar Harian pada 5 Mac lalu melaporkan kehilangan Nur Nadhirah atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Dirang’, ketika keluar membeli membeli mi segera kira-kira jam 11 pagi, 1 Mac lalu.

'via Blog this'

No comments: