Pages

Saturday, March 10, 2012

Lebih ramai bunuh diri lepas tsunami

myMetro | Lebih ramai bunuh diri lepas tsunami:TOKYO,: Jumlah mereka yang membunuh diri di Jepun meningkat mendadak selepas tsunami dan bencana nuklear melanda negara itu tahun lalu.
Peningkatan sebanyak 20 peratus dalam jumlah penduduk yang membunuh diri dalam masa sebulan ada hubungan dengan kebimbangan yang meluas di kalangan masyarakat selepas bencana itu.

Pada Mei tahun lalu, 3,375 orang membunuh diri, meningkat lebih 20 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Angka yang diumumkan oleh Pejabat Kabinet dan Agensi Polis menunjukkan 30,651 orang membunuh diri pada 2011, tahun ke-14 berturut-turut jumlah itu mengatasi 30,000. - AFP

'via Blog this'

No comments: