Pages

Saturday, March 10, 2012

Israel tak perlu perbincangan sebelum serang

myMetro | Israel tak perlu perbincangan sebelum serang:
LOS ANGELES: Israel tidak memerlukan “debat terbuka” sebelum mengambil tindakan ketenteraan ke atas Iran, kata Presiden Shimon Peres, semalam.
Bercakap di depan kumpulan pelobi pro-Israel berpengaruh, Peres berkata, sekatan ekonomi adalah langkah pertama menekan Iran membatalkan program nuklearnya, tetapi ia tidak terhad kepada itu saja.

“Kita perlu mencuba sekatan pertama dan melihat kesannya,” katanya.
Jika merujuk kepada Afrika Selatan, kata Peres, sekatan ekonomi berkesan, sama seperti apa yang terjadi ke atas Libya dan Ukraine.

“Jika perlu memilih, mari mulakan dengan sesuatu yang tidak ganas dan menegaskan bahawa semua pilihan tidak diketepikan,” katanya.

Pada masa sama, kata Peres, Israel tidak perlu membincangkan isu serangan ke atas Iran itu secara terbuka sebelum masanya.
“Impian Iran adalah menguasai Timur Tengah supaya ia dapat mengawal sebahagian besar ekonomi dunia.

“Ia mesti dihentikan dan pasti akan dihentikan,” katanya. - AFP

'via Blog this'

No comments: