Berdasarkan nota terakhir ditulis kedua-dua budak terbabit, mereka berharap dapat kembali ke zaman Dinasti Qing yang memerintah China antara 1644 hingga 1911.
Akhbar melaporkan, seorang daripada budak itu, Xiao Hua, kecewa kerana dihukum selepas menghilangkan alat kawalan jauh kunci pintu rumahnya di Zhangzhou.
Rakan karib Hua, Xiao Mei, memutuskan untuk membunuh diri bersama-sama dan turut menulis nota terakhir sebelum mereka melompat ke dalam sebuah tasik.
Kedua-dua nota bunuh diri itu ditinggalkan dalam sebuah almari.
Insiden itu menghidupkan semula polemik mengenai kesesuaian program pengembaraan merentas masa disiarkan televisyen China.
Ia diharamkan kerajaan tahun lalu walaupun mendapat kecaman sesetengah pihak kerana beranggapan, ia keterlaluan. - TS
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment