WASHINGTON - Para penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan China menemui bukti yang menunjukkan seekor burung dinosaur sebesar burung gagak, Microraptor memiliki bulu berwarna hitam kebiruan yang berkilauan.
Analisis tersebut dibuat berdasarkan penemuan fosil Microraptor yang ditemui di timur laut China pada 2010.
Ia menunjukkan dinosaur itu memiliki empat sayap dan ekor panjang yang berbulu.
"Fosil itu merupakan bukti tertua berhubung warna berkilauan spesies itu," kata seorang penyelidik, Julia Clarke.'
Penyelidik daripada Universiti Texas itu memberitahu, bulu berkilauan itu menunjukkan dinosaur tersebut sihat.
Microraptor yang memakan daging, hidup bertenggek di dahan-dahan rimba 130 juta tahun dahulu. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment