Pages

Tuesday, March 13, 2012

Taliban janji balas dendam untuk mangsa kekejaman tentera AS

myMetro | Taliban janji balas dendam untuk mangsa kekejaman tentera AS:KABUL: Taliban berikrar membalas dendam semalam, selepas tentera Amerika Syarikat menembak mati 16 orang awam di selatan Afghanistan dan membakar mayat terbabit.
Tentera AS pula meningkatkan kawalan keselamatan ekoran keganasan di Kandahar kelmarin.

Kedutaan AS juga mengeluarkan amaran kemungkinan serangan ke atas warganya di Afghanistan.
Tidak dapat dipastikan jika Taliban akan melakukan tindak balas sama ekoran serangan kelmarin, tetapi insiden itu meningkatkan ketegangan di antara Washington dan Kabul.

Ia juga menimbulkan persoalan - mengapa tentera AS masih terus berperang di Afghanistan selepas 10 tahun konflik itu berlaku serta pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, dibunuh.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Taliban berkata, “tentera gila” AS melakukan jenayah tidak berperikemanusiaan di daerah Panjwai .
Taliban juga berjanji kepada keluarga mangsa, mereka akan membalas dendam “bagi setiap seorang syuhada” dengan bantuan Tuhan.

Masih banyak persoalan apa yang sebenarnya berlaku di dua kampung di Panjwai itu, serta motif di sebalik serangan berkenaan.
Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, mengecam serangan itu dan berkata, sembilan kanak-kanak dan tiga wanita adalah antara mangsa yang maut. - AP

'via Blog this'

No comments: