Dalam pertempuran yang semakin meningkat ketika komuniti antarabangsa cuba mendapatkan gencatan senjata setakat ini membunuh 21 warga Gaza, termasuk 18 pejuang, selain mencederakan dua penduduk Israel.
Keganasan merentasi sempadan semalam tercetus berikutan pembunuhan seorang pemimpin pejuang Palestin pada Jumaat lalu.
Serangan Israel turut mendorong pejuang Palestin melepaskan serangan roket ke selatan negara Yahudi itu.
Ia dianggap pertempuran paling sengit di antara kedua-dua pihak sejak beberapa bulan lalu.
Tentera Zionis berkata, sembilan serangan udara dilancarkan ke atas tapak pelancar roket dan sebuah stor simpanan senjata pejuang Palestin pada pagi semalam.
Kumpulan Jihad Islam pula berkata, dua pejuang mereka terkorban dalam dua serangan berasingan, termasuk seorang daripadanya ketika menunggang motosikal.
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang lengkap berpakaian sekolah terbunuh apabila sekumpulan lima orang awam diserang di tempat berbeza.
Dalam kejadian lain, berpuluh-puluh penduduk Palestin, termasuk beberapa kanak-kanak, cedera dalam serangan sebelum subuh.
Jurucakap tentera Israel berkata, serangan disasarkan ke atas bekalan peluru yang disimpan dalam bangunan kediaman di Gaza.
“Serangan ini adalah tindak balas terhadap serangan roket berterusan dari Gaza,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis Israel berkata, 16 roket ditembak ke selatan negara itu semalam.
Katanya, satu daripada roket itu merosakkan sebuah tadika sejurus sebelum kanak-kanak tiba di situ.
“Tiada sesiapa cedera dalam insiden itu,” katanya.
Sementara itu, pejuang Palestin melepaskan tiga tembakan roket ke Kerem Shalom - satu-satunya laluan kargo di antara Gaza dan Israel.
Kawasan itu juga mengendalikan 70 peratus barangan yang dibawa masuk ke Palestin.
Sumber Israel berkata, dua kenderaan rosak di bahagian Palestin, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
“Sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome yang baru diperkenalkan memintas berpuluh-puluh roket sejak ketegangan tercetus,” katanya. - AP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment