2012/03/13
JOHOR BAHRU: Ibu kepada Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak yang disahkan dibunuh dan dibakar selepas hilang dari rumahnya hampir dua minggu lalu, tidak akan memaafkan orang yang bertanggungjawab dan mahu dikenakan hukuman setimpal.Roselyn Alan, 25, berkata beliau berharap individu berkenaan dikenakan hukuman sama seperti kekejaman yang dilakukan terhadap anaknya yang berusia lima tahun itu.
"Saya tidak tahu kenapa dia sanggup buat anak saya sehingga macam itu. Anak saya masih kecil dan tidak tidak tahu apa-apa. Saya tidak akan maafkan dan saya mahu dia rasa apa yang anak saya rasa," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan takziah daripada Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan isteri, Datin Bibi Zakiah Meraslam, di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, hari ini.Roselyn berkata, hatinya berasa amat sakit sejak menerima panggilan pengesahan dari polis petang semalam dan masih tertanya-tanya punca yang menyebabkan anaknya diperlakukan sedemikian rupa.
"Saya bukan kaya, kalau minta duit sekalipun saya memang tiada duit. Musuh pun saya tidak ada," katanya. - BERNAMA
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment