Pages

Tuesday, March 13, 2012

Setiausaha Luar Britain kena saman

Berita Harian Online | Setiausaha Luar Britain kena saman:




2012/03/13

LONDON: Sebuah firma guaman Britain kelmarin akan mengemukakan saman terhadap Setiausaha Luar, William Hague bagi pihak seorang lelaki Pakistan yang menuduh perisikan Britain turut terbabit membantu serangan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat di sempadan negara berkenaan. 

Firma Leigh Day and Co mengesahkan mereka akan memohon prosiding formal di Mahkamah Tinggi Britain bagi pihak Noor Khan. Bapa lelaki Pakestin itu terbunuh dalam serangan pesawat automatik Amerika.
Peguam firma berkenaan akan mengemukakan hujah bahawa pegawai perisikan awam yang memberi maklumat risikan kepada Amerika bukanlah ‘anggota tentera yang sah dari segi undang-undang’.
Oleh itu, mereka tidak boleh menuntut hak imuniti daripada didakwa berdasarkan undang-undang jenayah dan berdepan tuduhan jenayah sebagai ‘pihak yang bersubahat dengan pembunuhan.’ 

Peguam terbabit juga akan mengemukakan hujah bahawa fasal undang-undang imuniti tidak boleh digunakan kerana Pakistan ketika ini tidak terbabit dalam sebarang konflik bersenjata antarabangsa. 

“Ada bukti boleh dipercayai dan tidak boleh dicabar bahawa Hague menggunakan dasar menyerahkan maklumat risikan kepada pegawai atau ejen kerajaan Amerika dan beliau menganggap amalan itu sejajar dengan undang-undang,” kata Ketua Hak Asasi di Leigh Day, Richard Stein. 

“Jika begitu, Setiausaha Luar salah faham mengenai prinsip undang-undang antarabangsa mengenai imuniti yang membabitkan serangan bersenjata bagi pihak sesebuah negara,” katanya. Pejabat Hal Ehwal Luar Britain enggan memberi ulasan mengenai isu berkenaan. 
Khan berkata bapanya, Malik Daud, terbunuh akibat satu serangan pesawat kawalan jauh ketika menghadiri majlis perjumpaan pemimpin puak di Waziristan Utara, barat laut Pakistan, menyebabkan 40 orang terbunuh. 

Serangan pesawat kawalan jauh adalah antara senjata utama Presiden Barack Obama menentang keganasan di Pakistan tetapi penduduk tempatan tidak gembira kerana ramai yang terbunuh adalah orang awam dan angka korban semakin meningkat. 

Pemimpin Pakistan juga menyifatkan penggunaan pesawat itu di wilayahnya mencabul kedaulatannya dan undang-undang antarabangsa. – AFP 
'via Blog this'

No comments: