Media semalam melaporkan, hampir enam daripada 10 orang dewasa yang ditemui menganggap puncak tertinggi di England adalah Ben Nevis yang terletak di Scotland atau Snowdon (Wales).
Malah, sesetengah responden menyatakan Gunung Everest adalah puncak tertinggi di England berbanding jawapan sebenar Scafell Pike.
Kajian sama juga mendapati, seorang daripada tiga responden percaya daerah Home Counties sama ada mengelilingi Manchester, Glasgow atau Birmingham.
Ia sebenarnya mengelilingi London.
Sementara itu, seorang daripada 20 responden tidak tahu Stonehenge berada di Britain, manakala hampir separuh daripada mereka menamakan bukit batu terkenal Australia, Ayers Rock, sebagai mercu tanda UK.
Kajian itu dijalankan firma pelancongan Journeys of Distinction membabitkan 2,000 orang responden.
Pengarah Urusan firma itu, Karen Gee, berkata dia terkejut dengan keputusan kaji selidik berkenaan.
Katanya, Internet mungkin boleh dipersalahkan sebagai antara punca kejahilan itu.
“Kemudahan Internet membolehkan seseorang mendapat jawapan segera sehinggakan mereka tidak berasa perlu untuk menyimpan lebih banyak pengetahuan dalam otak,” katanya. - TS
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment