SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya mendapati laporan terkini kes membabitkan beliau dan ketua kongsi gelap Johor, Goh Cheng Poh lima tahun lalu dimanipulasikan.
Menurutnya, kes itu telah lama selesai malah beliau bersama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail termasuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff disiasat dan dibebaskan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Isu ini sudah selesai dan kami ‘bersih’. Mengapa pula sekarang ada yang mahu timbulkan cerita ini lagi?
“Kita akan kaji laporan itu, jika ada maklumat ditulis tidak betul, baru diambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut portal berita Malaysiakini, mereka kini memiliki dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat dibekalkan pemberi maklumat sehingga membawa penangkapan Goh Cheng Poh atau dikenali Tengku Goh pada 2007.
Kejadian bermula apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Johari Baharum mengarahkan Ramli menyiasat Tengku Goh.
Ramli kemudian mengarahkan enam pegawainya untuk menyiasat dan ketika menjalankan tugas, mereka mendapati Musa terbabit dalam kes berkenaan.
Menurut portal itu, enam pegawai polis itu kemudiannya dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terlibat perjudian dan pengubahan wang haram. Bagaimanapun, mereka dibebaskan pertengahan tahun lalu.

'via Blog this'
No comments:
Post a Comment