NEKKAZ menunjukkan cek RM4.07 juta untuk membayar denda.
Rachid Nekkaz yang sebelum ini menawarkan untuk membayar denda wanita Islam yang dihukum kerana memakai tudung kepala menutup muka, berpendapat sasaran sebenar rang undang-undang Perancis dalam isu itu adalah orang Islam kerana Turki adalah negara Islam.Parlimen Perancis belum menjadikannya kesalahan untuk menafikan bahawa pembunuhan penduduk Armenia pada 1915 oleh kerajaan Uthmaniyah Turki sebagai pembunuhan beramai-ramai.Rang undang-undang itu diluluskan di Parlimen 22 Disember lalu, menyebabkan Turki yang berang memanggil balik dutanya dan menggantung hubungan dan kerjasama tentera.
Dalam isu purdah, Nekkaz dilaporkan menyokong Hind Ahmas, 32, yang dijatuhi hukuman menjalani ‘kursus kewarganegaraan’ selama 15 hari kerana melanggar larangan memakai tutup muka dua minggu lalu. Wanita itu juga didenda 150 euro (RM610.64).
“Ada kemungkinan dia akan dipenjarakan,” kata Nekkaz kepada stesen FRANCE 24. – Agensi Berita Harian Online | RM4.07j sokong nafi Uthmaniyah zalim:
'via Blog this'
1 comment:
kerajaan uthmaniyyah turki??? patut la negara2 Islam buat bodo je hal ni, masalah turki ropenye
Post a Comment