Pages

Thursday, January 5, 2012

Hero selamat 10 penumpang bas



Inilah salah sebuah bas syarikat Town Bus Services Sdn. Bhd. yang dipandu D. Laganathan yang terbakar di Lebuh AMJ berdekatan Medan Selera Semabok, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang penunggang motosikal bagaikan seorang ‘hero’ apabila dia tanpa menghiraukan keselamatan diri memecut motosikalnya bagi menyelamatkan nyawa penumpang dan pemandu sebuah bas henti-henti yang sedang terbakar di Lebuh AMJ berhampiran Semabok di sini semalam.

Tindakan berani Zulkifli Abd. Latip (gambar kecil), 48, ternyata berbaloi apabila pemandu bas tersebut dan semua 10 penumpang warga asing terselamat daripada mati terbakar dalam bas itu.

Kejadian pada pukul 12.25 tengah hari itu disedari oleh Zulkifli apabila dia ternampak enjin bas henti-henti milik Syarikat Town Bus Services Sdn. Bhd. yang dalam perjalanan dari Ujong Pasir ke Melaka Sentral melalui Lebuh AMJ sedang terbakar.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments: