JAKARTA: Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman 27 bulan penjara semalam kepada isteri suspek utama pengeboman Bali 2002 kerana melanggar undang-undang imigresen.
Mahkamah di Jakarta Timur mendapati Ruqayyah binti Husein Luceno, 32, seorang warga negara Filipina, bersalah kerana menggunakan dokumen yang mempunyai data peribadi yang dipalsukan untuk mendapatkan pasport Indonesia.
Luceno dan suaminya, Umar Patek, ditangkap di bandar Abbottabad di Pakistan pada 25 Januari tahun lalu menandakan berakhirnya hampir sepuluh tahun pemburuan seorang daripada suspek pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara.
Umar dituduh membuat bom yang digunakan untuk pengeboman di Bali yang membunuh 202 orang. Dia masih menunggu untuk dibicarakan.
“Defendan didapati bersalah kerana melanggar undang-undang, dengan memberikan maklumat salah kepada pejabat imigresen,” kata hakim Suharjono. - Jakarta Post
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment