Pages

Thursday, January 5, 2012

China tentang sekatan baru ke atas Teheran

BEIJING: China semalam berkata, ia menentang sekatan satu pihak terhadap Iran selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menandatangani undang-undang baru yang mensasarkan bank pusat republik Islam itu.

China berulang kali berkata, sekatan tidak akan menyelesaikan pertelingkahan berhubung program nuklear Iran yang didakwa Barat bertujuan menghasilkan senjata nuklear.


“China menentang tindakan meletakkan undang- undang domestik melebihi undang-undang antarabangsa dan pelaksanaan sekatan sebelah pihak terhadap negara lain,” kata jurucakap Kementerian Luar, Hong Lei ketika menjawab soalan mengenai tindakan Amerika itu, - AFP

myMetro | China tentang sekatan baru ke atas Teheran:

'via Blog this'

No comments: