ALLAH SWT berfirman:
Maksudnya:
”Iblis nampak kamu dan juga golongannya (nampak kamu) sekira-kira kamu tidak nampak mereka.”
(Surah al-a’araaf:: ayat 27)
Mengapa manusia tidak nampak jin dan syaitan?. Bukan disebabkan jin dan syaitan berada di alam ghaib atau alam lain dari alam atau dunia ini, tetapi disebabkan tubuhnya halus seperti angin. Bagaimana kita tidak dapat melihat angin maka begitulah juga kita tidak dapat melihat jin dan syaitan, walaupun jin dan syaitan itu berada di depan mata kepala kita.
Menurut keterangan beberapa ayat al-Quran, syaitan dan jin tinggal di atas muka bumi ini.
Allah SWT berfirman:
Maksudnya:
”Ingatlah kamu ketika Kami berfirman: Turunlah kamu semua, kamu bermusuhan antara satu sama lainnya dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kehidupan di atas muka bumi.”
(Surah al-Baqarah: Ayat 36)
Di mana rumah jin dan syaitan?. Dari keterangan yang dibuat oleh para ulama’, seperti Imam Sayuti dalam kitabnya, Ahkam al-Jan yang didasarkan kepada beberapa hadis Nabi SAW bahawa jin dan syaitan suka mendiami tempat-tempat kotor, seperti najis binatang, sampah sarap, dan sebagainya. Tubuh manusia juga adalah merupakan tempat yang disukai untuk dihuni oleh mereka, terutamanya bahagian yang busuk dan kotor, ketiak, punggung dan sebagainya. Jin dan Syaitan juga suka tinggal dalam air jampi para pawang, azimat, tangkal, sesuatu yang dipuja seperti keris, tongkat dan lain-lain. Demikian juga di rumah-rumah sembahan kafir, kuil, pagoda dan gereja.
Tajuk: JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA Pembentang oleh: YANG DIKASIHI TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI, Di dalam: KURSUS PERUBATAN ISLAM, anjuran: PUSAT ISLAM, CANSELORI, UTeM, dengan kerjasama: PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI) pada tanggal: 09 APRIL, 2008 (RABU), bertempat di: DEWAN UTeM, KAMPUS INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM). Segala penulisan adalah hak milik Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi.
No comments:
Post a Comment