Pages

Thursday, January 5, 2012

Rejim Yahudi dituduh sengaja rampas tanah penduduk Palestin

BAITULMAQDIS: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel semalam mengecam rejim Zionis kerana mengisytiharkan kawasan di timur Baitulmaqdis sebagai taman negara.

Ia juga menyifatkan tindakan itu bermotifkan politik dan strategi untuk merampas tanah Palestin.


Kedua-dua NGO berkenaan, dalam laporan berasingan berkata, Majlis Perbandaran Baitulmaqdis dan Pihak Berkuasa Alam Semula Jadi dan Taman Israel bekerjasama untuk mengepung kawasan kediaman penduduk Arab.

Ia sekali gus menafikan hak mereka untuk mendapatkan ruang yang amat diperlukan bagi membina rumah dan sekolah.


Kawasan berkenaan ialah tanah lapan yang terletak di antara kawasan kediaman penduduk Palestin di Issawiya dan At-Tur.


Dengan keadaan yang amat sesak dan separuh daripada rumahnya dibina tanpa permit majlis perbandaran, penduduk Issawiyah sudah sekian lama bekerjasama dengan Bimkom, satu daripada NGO Israel itu untuk membolehkan mereka membina rumah baru dan sah. - AFP

myMetro | Rejim Yahudi dituduh sengaja rampas tanah penduduk Palestin:

'via Blog this'

No comments: