2012/01/04
BEIRUT: Pasukan keselamatan Syria dilaporkan masih membunuh penunjuk perasaan anti kerajaan walaupun kehadiran pemantau luar negara di negara itu, kata pemimpin Liga Arab. Beliau, bagaimanapun menegaskan misi pemantau mendapat kerjasama rejim Damsyik seperti pengunduran senjata berat dari bandar yang menyaksikan bantahan berlansung.Pembangkang Syria kelmarin memberi amaran kepada pemantau supaya tidak terpengaruh dengan tindak tanduk kerajaan Presiden Bashar al-Assad, yang menangkis serangan tentera untuk berhadapan dengan kebangkitan selama sembilan bulan.Pembangkang pula mengkritik misi pemantau itu atas alasan ia membolehkan Bashar melindungi tindakan berkenaan.
“Liga Arab masuk perangkap biasa kerana pemantau tidak ada pilihan lain kecuali menyaksikan acara yang diatur pemerintah yang mengetahui semua gerak geri mereka,” menurut kenyataan Jawatankuasa Koordinasi Tempatan (LCC).
“Ini menyebabkan pemantau tidak dapat bekerja atau bergerak bebas atau secara semula jadi,” kata kumpulan terbabit.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 50,000 penduduk dibunuh sejak kebangkitan tercetus pada pertengahan Mac lalu. Aktivis berkata, dalam tempoh seminggu sejak pemantau mula bekerja di Syria pada 27 Disember, beratus-ratus orang dibunuh.
LCC meletakkan angka kematian lebih 390 orang sejak 21 Disember. “Ya masih ada tembakan dan masih ada penembak curi,” kata Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil Elaraby dalam sidang media di Kaherah.
“Ya pembunuhan berterusan. Matlamatnya adalah untuk kita bangun pada waktu pagi dan mendengar tiada orang dibunuh. Falsafah misi adalah untuk melindungi orang awam, jadi jika seorang terbunuh maka misi kita masih belum lengkap.”
“Perlu ada gencatan senjata lengkap,” kata Elaraby.
Elaraby menekankan pencapaian Liga Arab, mengatakan bahawa kerajaan Syria menarik balik kereta kebal dan artileri dari bandaraya berkenaan dan kejiranan penduduk serta membebaskan kira-kira 3,5000 tahanan.
Beliau berkata bekalan makanan tiba kepada penduduk dan mayat penunjuk perasaan sudah ditemui.
Pemantau sepatutnya mengesahkan pematuhan Syria dengan satu rancangan Liga Arab untuk menghentikan kekerasan terhadap penunjuk perasaan seperti dipersetujui Damsyik pada 19 Disember lalu. – AP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment