BAITULMAQDIS: Dua kenderaan milik penduduk Arab dibakar di selatan bandar raya ini semalam dalam satu serangan ‘tanda harga’ oleh aktivis pelampau Yahudi.
“Individu yang tidak dikenali membakar dua kereta di kawasan kediaman Sharafat. “Hasil siasatan, kami menemui perkataan ‘Ada harga’ di tempat kejadian, kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld.
Kata-kata itu menunjukan ia ada kaitan dengan beberapa siri serangan balas dendam yang dilakukan pelampau Yahudi terhadap penduduk Palestin dan Arab, kumpulan berhaluan kiri Israel serta tentera rejim itu. Kebanyakan serangan berkenaan, termasuk membakar masjid, tertumpu di Tebing Barat. - Reuters
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment