Pages

Thursday, January 5, 2012

Pengebom masjid ditahan

NEW YORK: Seorang lelaki New York semalam mengaku melancarkan siri serangan molotov coktail yang turut terkena sebuah masjid serta kuil Hindu.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin setempat kerana ia mungkin menyebabkan krisis di kalangan penganut agama berbeza.


Pengakuan terbabit diperoleh selepas polis menahan dan menyoal siasatan lelaki semalam.

Jurucakap polis, Paul Browne, berkata suspek mengaku terbabit dalam serangan pada malam Ahad lalu.


“Suspek mengaku bertanggungjawab dalam lima serangan berasingan dan memberi alasan ia berpunca daripada kebencian peribadinya terhadap setiap lokasi,” katanya.


Serangan berkenaan sebelum ini disiasat sebagai kemungkinan mempunyai elemen kebencian terhadap sesuatu kumpulan.

Ia mengundang kecaman pemimpin agama dan masyarakat setempat.


Mereka juga menyertai sidang media Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, serta Pesuruhjaya Polis, Ray Kelly, mengenai insiden berkenaan. Sidang media itu dibuat sebelum pengakuan suspek diperoleh pihak berkuasa.

Pemimpin Majlis Hubungan Amerika - Islam New York, Cyrus McGoldrick, berkata ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan kumpulan minoriti lain mengkucar-kacirkan AS.


“Kita semua terjejas apabila kebencian ini meletus,” katanya.


Polis enggan mendedahkan identiti suspek yang ditahan, tetapi dia ditangkap berdasarkan laporan saksi dan rakaman kamera pengawasan yang mengesan keretanya di sekurang-kurangnya dua lokasi serangan.


Satu daripada bom itu dilontarkan ke pintu masuk Masjid Yayasan Imam al-Khoei ketika kira-kira 75 hingga 80 orang ada di dalamnya.


Turut diserang, sebuah kedai serbaneka dan dua rumah, tetapi tiada kecederaan dilaporkan. - Reuters

myMetro | Pengebom masjid ditahan:

'via Blog this'

No comments: