Pages

Tuesday, August 2, 2011

Misteri bau busuk terungkai




ANGGOTA polis mengusung mayat Mamadou Aliou yang ditemui mati di biliknya (dalam bulatan) di UIAM, Gombak semalam.


GOMBAK - Misteri bau busuk di sebuah bilik asrama Kolej Bilal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini terbongkar apabila mayat seorang pelajar warga Afrika ditemui dalam keadaan berulat semalam.
Mayat tersebut ditemui pada pukul 11 pagi oleh seorang wanita yang bekerja sebagai tukang cuci ketika dia sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar asrama terbabit.
Wanita tersebut yang curiga dengan bau itu kemudian membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik di asrama berkenaan sebelum menemui mayat mangsa di atas lantai di biliknya.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Mamadou Aliou Tela Dialo, 25, dari Guinea di Afrika barat itu merupakan penuntut tahun tiga jurusan ekonomi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati mayat tersebut telah berulat dan dipercayai mati sejak lima hari lalu.
"Ketika kejadian, tiada penghuni lain di dalam bilik mangsa dan blok asrama yang menempatkan warga asing itu juga kosong kerana semua pelajar sedang cuti semester.
"Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh menjadi punca kematian lelaki warga asing itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Abdul Rahim, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mati akibat masalah kesihatan kerana mengikut rekod, mangsa mempunyai penyakit sawan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

No comments: