Pages

Tuesday, August 2, 2011

Chavez kutuk pemberontak Libya

CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez, mengutuk pemberontak Libya sebagai "pengganas" dan menggesa negara lain memutuskan hubungan dengan majlis pembangkang yang menentang Muammar Gaddafi.

“Bukan saja kami enggan mengiktiraf lakonan iaitu Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC)...kami mengatakan Eropah dan beberapa negara sudah mengiktiraf kumpulan pengganas...dan memberi mereka hak," katanya pada satu mesyuarat di sini.
Chavez berkata, pengikrafan seumpama itu "memusnahkan asas undang-undang antarabangsa" kerana ia akan menjurus kepada pelantikan kumpulan pembangkang.
“Ia amat merbahaya dan boleh berlaku kepada semua presiden. Esok mungkin seorang daripada kita...ini tidak boleh dibiarkan," katanya.

Chavez kemudian membaca surat yang dihantar Gaddafi yang mana pemimpin Libya itu memuji Venezuela kerana sokongannya dan berharap masyarakat antarabangsa akan menentang puak pemberontak.

Pada 15 Julai lalu, kuasa Barat dan rantau itu mengiktiraf NTC yang berpangkalan di Benghazi sebagai pemerintah negara itu yang sah dan bersetuju menyalurkan dana. - AFP
http://www.bharian.com.my

No comments: