Pages

Tuesday, August 2, 2011

Menyesal pukul kakak


KUALA TERENGGANU: Niat murni seorang anak membantu meleraikan pergaduhan antara ibu dan kakak bertukar sebaliknya, apabila dia dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam disebabkan tindakan melulu memukul kakaknya itu dengan lesung batu.
Majistret Noradila Ab Latif menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Zuriati Mahmud, 24, yang mengaku bersalah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan ke atas kakaknya, Norsabarita, 25.

Bagaimanapun, tertuduh dibebaskan hari ini apabila Noradila memerintahkan hukuman itu dijalankan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 19 Jun lalu.

Terdahulu, peguam tertuduh, Mohd Hayyatuddin Mohammad dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman memandangkan ia adalah kesalahan pertama, selain tidak mempunyai rekod jenayah.

Menurut Mohd Hayyatuddin, tertuduh mendakwa bertindak sedemikian kerana tidak tahan melihat ibu dipukul kakaknya sendiri.

“Tertuduh turut mengakui tindakannya itu bodoh tanpa berfikir panjang, selain menyesali perbuatan terhadap kakaknya sendiri.

“Saya berharap mahkamah dapat mengurangkan hukuman kerana tertuduh adalah ibu kepada dua anak yang masih kecil termasuk seorang masih menyusu badan,” katanyaMengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja memukul Norsabarita menggunakan lesung batu di depan sebuah rumah di Taman Semarak, Jalan Tengku Mizan, di sini pada jam 11 malam, 18 Jun lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau satu daripada dua seksaan itu.Mengikut fakta kes, mangsa pergi ke rumah ibunya di Taman Semarak untuk berjumpa tertuduh, bertujuan berbincang mengenai perkara kehilangan peti sejuk dan dokumen peribadi milik mangsa. Apabila sampai di rumah itu, ibu mangsa keluar untuk berjumpa mangsa dan berlaku pertengkaran antara kedua-dua mereka. Melihat pertengkaran itu, tertuduh keluar dari rumah dan berlaku pergelutan antara dua beradik itu sebelum mangsa dipukul menggunakan lesung batu.Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Manir sebelum tertuduh ditahan di rumahnya pada keesokan hari pada jam 4 petang.http://www.hmetro.com.my

No comments: