Sharing is caring
Sekadar berkongsi suka duka sesama insan……
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Frankly
speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana nak mula.
Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya hurai panjang
lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan terus kepada
maksud sebenar? Ermmm….*paused*
Masih teringat kali pertama Adam dilahirkan. Saya sebagai
seorang ibu, naluri ibu sangat menebal, nak cium, nak usap kepala dan nak
peluk Adam setiap masa. Hanya mahu duduk bersama Adam, susukan dia dan
merasai setiap detik-detik penuh nikmat.
Hari ini saya melayari blog. Membaca blog adalah rutin saya
setiap hari. Cuma masanya mungkin berbeza mengikut mood. Tapi hari ni,
terjumpa 1 blog, baca dan terus jatuh rasa terlalu simpati, dan terlalu
insaf. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Itu perkara pertama terlintas
difikiran saya bila membaca setiap entry yg ada di dalam blog ini. Blog ini
adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama Norma.
|
Norma and Talib on their wedding day
|
Namanya Norma,
orangnya cantik, bertudung, manis sekali. Melihat keceriannya pada hari
perkahwinan lebih setahun yang lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun,
takdir Allah mengatasi batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan
jangkauan akal.
Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma adalah zuriat
yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti pernah lalui
perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada seorang lagi insan
sangat istimewa! Norma juga begitu. Naluri keibuannya mesti sama atau lebih
dari saya.
|
ini adalah Rafiq..permata hati Norma &
Talib
|
Namun begitu, dugaan Allah datang kepada mereka yang mampu
menanggungnya. Dan kali ini, adalah giliran seorang ibu muda seperti Norma
menerima takdir yg tersurat. Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq,
disusuli dgn berita bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T)
*terus aku menangis lah kan
*
|
Norma at hospital. Jauh beza dengan
waktu dia sihat :(
|
I just can't hold my tears anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi
padanya betul-betul menginsafkan diriku. Norma masih didalam pantang ketika
itu tak dapat berjumpa Rafiq. Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti
mana kita, ibu-ibu yg normal boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila
Norma tidak dapat menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di
bedah sebanyak 5 kali since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam
masa 3 bulan adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat
*kurang pasti* berharga RM10,000.00 / suntikan.
Sayu
hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq sebaya permata hati saya, Adam.
Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat saya resah dan tak tentu hala. Tak
peluk Adam masa dia tidur boleh buat saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi
sekecil Rafiq melalui hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu
(T___________T). Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu
diusap? Mahu di agah?
Kisah Norma betul-betul menginsafkan saya. Terus terfikir
sejenak, andai saya diberi dugaan hebat begini, apakah yg akan terjadi?
Ermm…ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT...
|
Rafiq with his mother...ohh~ (T__T)
|
Terus meleleh-leleh airmata tgk gambar ni. Selaku blogger,
saya bukan kaya raya, harta juga tidak banyak. Namun, saya ada tanggungjawab
sosial yg perlu saya tunaikan atas dasar kemanusiaan. Secara serius, saya
tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya
amat-amat berterima kasih jika entry saya kali ini dapat membantu Norma
sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh
ambil details dibawah.
cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
Ya Allah, Engkau
maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan
hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu
kembali tidur lena disisi ibunya. Amin.
Rafiq,
aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau tak Rafiq pun tak
kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa Rafiq. But, one day
when you grow up, u must be a strong person just like your parents. Mesti!
Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq (T_____T)
|
a very strong husband...to a strong
wife
|
Semoga Norma dan Talib sekeluarga tabah mengharungi hari-hari
mendatang.
Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon. Sila lah panjang-panjang kan diFB, tweeter,
blog or mana-mana jika anda mahu. Thanks for reading.
|
No comments:
Post a Comment