KARACHI 19 Dis. - Presiden Asif Ali Zardari yang menerima rawatan di Dubai kembali ke Pakistan hari ini, di sebalik tekanan yang semakin meningkat antara kerajaan pimpinannya dan tentera berhubung satu memo menuduh penglibatannya dalam beberapa komplot utama negara.
Bagaimanapun, masih belum pasti bila pemimpin tidak popular yang mempunyai hubungan buruk dengan tentera itu akan kembali menjalankan tugasnya.
“Presiden sudah sihat sepenuhnya dan akan kembali ke Pakistan,” kata Menteri Penerangan wilayah Sindh, Shazia Marri.
Kedudukan Zardari terjejas berikutan memo yang dilaporkan dilakukan oleh bekas duta Pakistan ke Amerika Syarikat, yang mahukan sekutu kuat mereka membantu meredakan peperangan di negara jiran, Afghanistan.
Ahli perniagaan, Mansoor Ijaz yang menulis dalam kolum akhbar Financial Times pada 10 Oktober lalu mendakwa, seorang diplomat kanan Pakistan meminta satu memo dihantar kepada Pentagon bertujuan merayu bantuan dari Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak penglibatan tentera beberapa hari selepas Osama ditahan.
Ijaz kemudian mendedahkan diplomat berkenaan adalah duta Pakistan ke Washington, Husain Haqqani yang mempunyai hubungan rapat dengan Zardari.
Haqqani bagaimanapun menafikan penglibatannya dengan memo tersebut, namun meletakkan jawatan selepas itu.
Mahkamah Tinggi hari ini mula mendengar petisyen mengenai siapa yang terlibat di sebalik peristiwa itu.
Sebagai presiden, Zardari memiliki kekebalan daripada sebarang pendakwaan, namun kontroversi itu boleh memusnahkan karier politiknya.
Jika beliau disahkan mempunyai kaitan, tentera yang sememangnya tidak percaya kepada Zardari akan bertindak menyingkirkannya. - REUTERS
-utusan

No comments:
Post a Comment