Pages

Tuesday, December 20, 2011

Kereta Jenazah Bawa Mayat JFK Akan Dilelong

Gambar fail yang dikeluarkan oleh Barrett-Jackson menunjukkan kereta jenazah yang pernah membawa mayat Presiden Johh F. Kennedy yang akan dilelong pada 21 Januari depan. Foto AP

SCOTTSDALE (ARIZONA): Sebuah syarikat yang khusus dalam pengumpulan kereta-kereta klasik berhasrat untuk melelong kereta jenazah yang digunakan untuk membawa mayat mendiang Presiden John F. Kennedy dari Hospital Dallas ke lapangan terbang.

Pada kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, Barrett-Jackson Auction Co mengumumkan kereta jenazah Cadillac tahun 1964 itu akan dilelong pada 21 Januari.

Syarikat pengurusan pengebumian, O’Neal Funeral Home of Dallas menggunakan kereta tersebut untuk membawa keranda ke hospital tersebut pada hari pembunuhan tersebut berlaku, iaitu 22 November 1963 sebelum membawa keranda yang berisi mayat mendiang ke Lapangan Terbang Love Field.

Pada awal tahun ini, syarikat sama telah melelong sebuah ambulans yang digunakan untuk membawa mayat mendiang ke Hospital Bethesda Naval. - AP

mStar Online : Kereta Jenazah Bawa Mayat JFK Akan Dilelong:

'via Blog this'

No comments: