KAHERAH: Syria hari ini bersetuju menerima pemerhati Arab bagi memantau pelaksanaan perjanjian menamatkan keganasan dan tujuk perasaan yang kini sudah berlanjutan sembilan bulan.
Bagaimanapun, ketegangan terus meletus di negara itu dengan Badan Pemerhati Hak Asasi Syria mendakwa, antara 60 dan 70 askar padang pasir dibunuh apabila melintasi pos tentera kerajaan di utara Wilaya Idlib.
Badan itu juga mendakwa 40 orang awam turut terbunuh.Selepas beberapa minggu tanpa keputusan, akhirnya Presiden Bashar al-Assad menandatangani perjanjian berkenaan di ibu pejabat Liga Arab di Kaherah bagi menerima kemasukan kumpulan pemerhati yang bertanggungjawab menamatkan insiden berdarah di Syria.
Liga Arab berkata, kumpulan pemerhati dari negara Arab akan ke Damsyik dalam masa 72 jam ini dan misi mereka akan berakhir dalam masa sebulan.
Menteri Luar Syria, Walid Muallem mengalu-alukan perjanjian itu dan melahirkan harapan Liga Arab akan menarik balik pelaksanaan sekatan terhadap Damsyik. - AFP
Berita Harian Online | Syria setuju terima pemerhati Arab:Bagaimanapun, ketegangan terus meletus di negara itu dengan Badan Pemerhati Hak Asasi Syria mendakwa, antara 60 dan 70 askar padang pasir dibunuh apabila melintasi pos tentera kerajaan di utara Wilaya Idlib.
Badan itu juga mendakwa 40 orang awam turut terbunuh.Selepas beberapa minggu tanpa keputusan, akhirnya Presiden Bashar al-Assad menandatangani perjanjian berkenaan di ibu pejabat Liga Arab di Kaherah bagi menerima kemasukan kumpulan pemerhati yang bertanggungjawab menamatkan insiden berdarah di Syria.
Liga Arab berkata, kumpulan pemerhati dari negara Arab akan ke Damsyik dalam masa 72 jam ini dan misi mereka akan berakhir dalam masa sebulan.
Menteri Luar Syria, Walid Muallem mengalu-alukan perjanjian itu dan melahirkan harapan Liga Arab akan menarik balik pelaksanaan sekatan terhadap Damsyik. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment