Nabi Daud alaihissalam @ King David (as) seorang Nabi yang dikurniakan Allah sebuah pemerintahan yang sangat besar iaitu memerintah dunia pada zamannya. Baginda juga seorang yang mempunyai suara yang sangat merdu mengalahkan suara manusia2 lain, dan diriwayatkan sebagai orang yang ditugas untuk membaca laporan didepan Allah azzawajalla di akhirat nanti.
Satu hari sedang baginda membaca kitab Zabur lintaslah seekor burung berwarna hijau yang sangat cantik di hadapan beliau. Terpengun dengan kecantikan burung itu yang dijangka datang dari Syurga, baginda terus meninggal membaca kitab lantas mengikuti burung yang sedang terbang itu kemana yang ditujunya. Sehingga tiba di satu tempat kelibat burung hijau itu hilang dari pandangan baginda, sebaliknya pandangan Nabi Daud telah terpandang akan seorang wanita cantik sedang mandi. Dengan cepat baginda mengalihkan pandangannya kearah lain & terus pulang ke kediamannya.
Ketika di istana keadaan Nabi Daud telah bercelaru kerana tidak dapat melupai kecantikan wanita itu. Lalu diperintah pengawal istana untuk pergi menyiasat siapa gerangaan wanita cantik itu. Dari tinjauan pengawal diperolehi nama wanita itu sebagai Dasyaksyak, dan apabila ditinjau lebih lanjut ternyata wanita ini telah pun berkahwin dengan seorang pemuda bernama Khusei juga seorang daripada tentera Nabi Daud.
Tidak lama selepas itu, satu peperangan pun meletus & memerlukan pengorbanan rakyat & tentera Nabi Daud untuk turun berjihad. Pemuda yang bernama Khusei telah tersenarai oleh Nabi Daud supaya berada di barisan hadapan medan peperangan. Kebiasaannya panglima2 tentera yang gagah2 diletak dibarisan hadapan, hari ini Khusei yg mungkin berpangkat privet diletakkan bersama2 yg gagah dibarisan depan.
Setelah peperangan tamat ramai juga antara tentera2 Nabi Daud yg gugur syahid, termasuk pemuda yg bernama Khusei. Isterinya bernama Dasyaksyak kini telah menjadi janda. Ditakdirkan.. delepas habis edahnya, Dasyaksyak dikawini Nabi Daud a.s. dan hiduplah mereka bahagia sebagai suami isteri.
Dipendikkan cerita, satu hari Nabi Daud terdengar satu perbalahan antara 2 orang pemuda berlaku dihadapan istana, yg menuntut satu perbicaraan & hukuman yg adil dari Nabi Daud sebagai seorang Raja yang memerintah negara. Isunya perebutan kambing peliharaan antara kedua pemuda ini. Seorang dari mereka telah mengadu yang seorang lagi itu merupakan orang terpengaruh, kaya & cakap2nya diterima orang dan lagi mempunyai 99 ekor kambing, sedangkan ia cuma mempunyai seekor saja kambing, itu pun mahu dirampasnya juga. Ia mohon Nabi Daud menyelesaikan dengan adil perbalahan ini. Mendengar sahaja aduan yang berat sebelah ini, lantas terus dimarahi pemuda yang dengan rakus mahu merampas kambing seekor yg dimiliki oleh pemuda yg seorang lagi itu. Diarahnya supaya berlaku adil & dipulangkan semula kepada yang empunya kambing seekor tadi.
Ironinya.. sebelum pun selesai keputusan perbicaraan ini diraikan oleh mereka, kedua2 pemuda ini telah meluahkan satu gelak tawa yg berdekah2 ha! ha! ha! terhadap Nabi Daud a.s dengan kata2..' kamu pun sama tak adil '. Tersentak Nabi Daud a.s... diimbaunya kembali, rentetan peristiwa yg melibatkan ia terlihat seorang wanita cantik yang akhirnya dimilikinya sebagai isteri yang sah. Akhirnya tahulah ia bahawa pemuda2 yang bersengketa itu adalah dua Malaikat yang diutus Allah untuk memberi pengajaran kepadanya.
Diriwayatkan juga bahawa Nabi Daud a.s telah bersujud taubat kepada Allah swt sedari awal bulan Zulhijjah sehinggalah kpd 10 Muharram baru dihentinya sujud setelah taubatnya diterima.
Sesungguhnya dalam semua peristiwa kenabian yang ditakdirkan berlaku ada pengajaran kepada semua manusia di atas muka bumi Allah ini. Sekiranya anda rasa mampu mengambil tauladan dengan mengambil contoh perbuatan Nabi Daud a.s ini.. sila tanya diri sendiri, adakah anda mampu untuk bersujud bertaubat selama berbulan2 lamanya seperti yg dilakukan Nabi Daud a.s. Tepuk dada tanya iman !
(nukilan ini aku karang sendiri setelah mendengarnya dari mulut seorang ustaz yang mengajar kuliah Maghrib disurau dua hari lepas.. sekiranya ada yg tersalah dalam perjalanan cerita ini terutama tentang nama2 yg disebut harap tolong perbaiki dalam komen.. terima kasih)
No comments:
Post a Comment