RIYADH 19 Dis. - Bilionair Arab Saudi, Putera Al-Waleed bin Talal hari ini mengumumkan beliau melaburkan sejumlah AS$300 juta (RM900 juta) dalam laman web mikroblog, Twitter.
Syarikat pelaburan milik Al-Waleed, Kingdom Holding Company berkata, 'urus niaga strategik itu adalah hasil rundingan selama beberapa bulan'.
Al-Waleed yang merupakan anak saudara Raja Arab Saudi, Abdullah bin Abdel Aziz memiliki kekayaan yang dianggarkan oleh majalahForbes bernilai AS$19.6 bilion (RM58.8 bilion).
"Urus niaga ini adalah hadiah kepada setiap warga Arab dan membuktikan keupayaan kami untuk mengenal pasti peluang pelaburan berpotensi yang bercirikan pertumbuhan pesat selain kehadiran dan kesan pada peringkat global," kata Al-Waleed dalam satu kenyataan.
Twitter memainkan peranan utama dalam kebangkitan penduduk Arab yang bermula tahun ini.
Aktivis menggunakannya untuk menyebarkan berita mengenai protes dan penangkapan semasa demonstrasi menentang para pemimpin Arab. - DPA
No comments:
Post a Comment