Pages

Sunday, December 18, 2011

Al-Quran bahasa Belanda




KITAB al-Quran itu dipercayai dicetak pada tahun 1934 dan tertera tulisan De Heilige Qoer-an.


SURAKARTA - Senaskhah al-Quran yang mempunyai terjemahan bahasa Belanda ditemui di muzium tertua di Indonesia, Muzium Radya Pustaka di sini, Jawa Tengah.
Al-Quran itu dipercayai dicetak pada tahun 1934 dan tertera tulisan De Heilige Qoer-an.
Melihat keadaan al-Quran tersebut, ia seperti buku kuno yang tersimpan lama dengan warna kertasnya telah bertukar menjadi kuning kecoklatan dan beberapa halaman telah hilang.
Ketua jawatankuasa Muzium Radya Pustaka, Sandjata berkata, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai kewujudan al-Quran itu sehinggalah ia ditemui pada 2009.
"Ia ditemui di gudang oleh kakitangan muzium bersama seorang pelajar Universiti Sebelas Maret (UNS) yang menjalani latihan praktikal di muzium ini.
"Saya sendiri tidak tahu sejak bila dan kenapa ia boleh berada di sini tetapi apa yang pasti muzium ini adalah bekas bangunan milik Belanda ketika negara ini dijajah,"katanya kepadaVIVAnews.
Tebal al-Quran ini ialah 10 sentimeter dan ia terbahagi kepada dua bahagian yang mana bahagian kiri tertulis ayat-ayat al-Quran dan di sebelah kanannya pula tertera terjemahan dalam bahasa Belanda dan ia lengkap 30 juzuk. - AGENSI

No comments: