Pages

Sunday, December 18, 2011

Switzerland tarik balik pembekuan aset dua bank Libya

GENEVA: Switzerland akan melepaskan aset Bank Pusat Libya dan anak syarikatnya, Libyan Foreign Bank secepat mungkin, kata jurucakap kerajaan, hari ini.

Pengumuman itu dibuat selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas bank Libya ketika zaman pemerintahan Muammar Gaddafi
"Switzerland akan menarik semula sekatan ke atas dua bank negara itu secepat mungkin," kata Sekretariat Negara bagi Hubungan Ekonomi (SECO), Antje Baertschi di sini, hari ini. - AFP
Berita Harian Online | Switzerland tarik balik pembekuan aset dua bank Libya:

No comments: