Pages

Sunday, December 18, 2011

Pemimpin Saudi digesa ringan hukuman

DUBAI: Organisasi Hak Asasi Kemanusiaan Amnesty International menggesa pemerintah Arab Saudi Raja Abdullah supaya meringankan hukuman memotong anggota badan yang dikenakan ke atas enam perompak jalanan di negara itu.
Hukuman memotong tangan kanan dan kaki kiri enam rakyat tempatan itu menanti kelulusan Mahkamah Agung Saudi dan akan dijalankan dalam tempoh beberapa hari sekiranya diluluskan, kata organisasi itu. “Hukuman memotong anggota tubuh adalah kejam dan menyeksakan. Ia tidak patut dilaksanakan dalam sistem keadilan jenayah,” kata pengarah organisasi itu bagi rantau Timur Tengah dan Afrika Utara, Philip Luther. - AFP
-HMETRO

No comments: