Pages

Thursday, August 25, 2011

Penduduk digesa bebaskan Tripoli

TRIPOLI: Gaddafi semalam menggesa penduduk Libya membebaskan Tripoli daripada ‘penjahat’ yang menawannya.
Ucapan itu, yang dibuat daripada satu lokasi tidak diketahui, disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan, Al Quraba.

Suaranya tidak menunjukkan sebarang rasa kecewa tetapi juga tidak sehebat seperti ucapan sebelum ini.

“Mengapa anda membiarkan mereka (pemberontak) mencetuskan huru-hara?” tanya Gaddafi dalam ucapannya itu.

Ia disiarkan sehari selepas beratus-ratus pemberontak menawan kompleks kediaman Gaddafi, Bab al-Aziziya di Tripoli. Bagaimanapun, pemimpin itu gagal dikesan.

Stesen televisyen pro-Gaddafi itu sebelum ini memetik pemimpin Libya itu sebagai berkata, beliau meninggalkan Bab al-Aziziya sebagai ‘langkah taktikal’ setelah 64 serangan udara Nato memusnahkan kompleks itu. - AFP, hmetro

No comments: