SUBANG JAYA 24 Ogos - Seorang wanita dan kakaknya nyaris maut apabila dilibas dengan parang hampir 10 kali ketika mereka disamun dua lelaki bermotosikal di pintu masuk kilang elektronik, Western Digital di sini malam kelmarin.
Dua beradik itu bagaimanapun bersyukur kerana parang tersebut tumpul dan tidak menyebabkan tangan mereka putus atau perut terburai ketika ditetak.
Mencerita semula kejadian itu, Salwati Yusa, 42, berkata, ia berlaku pada pukul 9 malam ketika dia tiba di pintu masuk bahagian belakang kilang untuk memulakan giliran tugas malam.
Menurutnya, dia bagaimanapun berhenti di pintu masuk untuk menunggu kakaknya, Salina, 43, yang menghantar kuih raya.
"Selepas memindahkan kuih raya ke dalam kereta Proton Exora saya, dua lelaki yang menaiki motosikal berhenti secara tiba-tiba lalu pemboncengnya menarik saya keluar dari kereta.
"Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu terus melibas saya dengan parang hampir 10 kali di badan, tangan dan kaki. Pada masa sama, suspek merentap gelang tangan hingga putus sebelum berlari ke arah kakak saya dan menetaknya.
"Lelaki itu kemudian melibas parang di perut kakak saya hingga berdarah sebelum melarikan diri kerana terkejut dengan tindakan pengawal keselamatan meniup wisel," katanya di sini hari ini.
Tambahnya, akibat kejadian itu, dia menerima beberapa jahitan di lengan kiri selain cedera di bahu dan kaki kiri manakala kakaknya luka di perut kerana dilibas dengan parang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes tersebut sedang disiasat.utusan

No comments:
Post a Comment