Pages

Thursday, August 25, 2011

‘Ika mahu pergi jauh’


SIASAT...anggota bomba dan polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam.

SIASAT...anggota bomba dan polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam.


PILU...Munirah tidak dapat menahan kesedihan.
PILU...Munirah tidak dapat menahan kesedihan.
GEORGETOWN: Dia sudah didukung abangnya keluar dari rumah yang terbakar, namun tanpa diketahui apa sebabnya Zulaika Batriesya Mohamad Zafian berpatah masuk semula ke dalam rumah tanpa disedari anggota keluarga ketika keadaan kelam-kabut.
Akibatnya, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu rentung dalam kebakaran memusnahkan rumahnya dan lima kediaman lain di Kampung Sungai Nibong Kechil, Bayan Baru, di sini, kira-kira jam 5.30 pagi semalam. Ibunya, Munirah Abdullah, 36, berkata Zulaika Batriesya atau lebih mesra dengan panggilan Ika sudah diselamatkan abangnya, Mohd Zulfikar, 15, yang mendukung adiknya yang tidur di ruang tamu dan membawanya keluar ke rumah jiran. Bagaimanapun, katanya, mangsa yang menghidap sawan berpatah semula ke dalam rumahnya yang ketika itu dijilat api tanpa disedari ahli keluarga. “Keadaan ketika itu kelam-kabut dan kami sekeluarga berkumpul di rumah jiran, tetapi terkejut apabila mendapati Ika tiada sebelum saya dan ahli keluarga lain mencarinya di sekitar kawasan rumah. “Luluh hati apabila mendapat tahu mayat anak saya ditemui berhampiran rumah jiran yang hangus dalam kebakaran ini,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan bilik mayat Hospital Balik Pulau (HBP). Menurutnya, walaupun sedih lebih-lebih lagi mengenangkan Aidilfitri bakal tiba, namun reda dengan pemergian anak ketiga daripada enam adik-beradik itu kerana percaya Allah lebih menyayanginya. “Sepatutnya kami sekeluarga membeli pakaian raya esok (hari ini), namun takdir mengubah segala-galanya apabila Ika pergi terlebih dulu.“Ika anak yang baik dan malam tadi kira-kira jam 12 tengah malam, saya bersama suami membawanya ke restoran berhampiran selepas dia memberitahu mahu makan roti canai makanan kegemarannya.“Lebih menyedihkan, dia seolah-olah tidak sabar menyambut Aidilfitri dan bertanyakan kepada saya sama ada dia boleh menyambutnya esok selepas mendengar bunyi mercun malam tadi,” katanya.Munirah berkata, mangsa yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bayan Baru sudah dua minggu tidak hadir ke sekolah kerana mengalami masalah kesihatan selain berubah sikap apabila lebih manja dengannya dan suami.Ika juga mengajak saya solat berjemaah malam tadi, namun saya memberitahunya saya uzur dan dia solat bersendirian walaupun kiblatnya tidak betul dan agak kelam-kabut.“Selain itu, dia menyatakan mahu pergi jauh, namun kami tidak faham maksudnya...rupa-rupanya dia mahu meninggalkan kami selama-lamanya hari ini (semalam),” katanya.Mohd Zulfikar yang juga anak sulung berkata, dia mulanya tercium bau asap sebelum mendengar bunyi letupan cermin.“Ketika itu, saya berada di bilik tingkat atas dan menyedari rumah terbakar sebelum turun sambil menjerit memberitahu ahli keluarga lain.Saya mendukung Ika yang tidur di kusyen ruang tamu manakala ayah dan emak menyelamatkan adik-beradik lain,” katanya.Sementara itu, suasana di HBP semalam diselubungi rasa pilu sejurus ibu bapa mangsa tiba untuk membuat pengecaman.Bapa mangsa, Mohd Zafian Zainol, 33, tidak dapat menahan kesedihan kerana arwah manja dengannya.Beberapa ahli keluarga lain menziarahi mangsa dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Betong, Balik Pulau, kira-kira jam 3 petang semalam.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Rohizad Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6 pagi dan memadamkan api sepenuhnya jam 7.30 pagi.Operasi disertai lapan anggota dari Balai Bomba Bayan Baru dan 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak serta dua jentera bomba sukarela dan setakat ini punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.-hmetro

No comments: