Pages

Thursday, August 25, 2011

Payu dara calon pramugari Garuda diraba

SEOUL: Beberapa bakal pramugari di Korea Selatan semalam mendakwa syarikat penerbangan kebangsaan Indonesia membuatkan diri mereka hampir berbogel sepenuhnya sementara payu dara mereka diraba ketika menjalani pemeriksaan perubatan.
Berpuluh-puluh calon untuk 18 jawatan pramugari dengan Garuda diarah menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam mereka bagi kerja menyaring mereka yang bertatu atau implan payu dara, kata seorang pemohon.

Dia enggan mendedahkan namanya kerana masih menanti keputusan untuk jawatan berkenaan selepas menjalani pemeriksaan itu bulan lalu.

“Tindakan meraba payu dara diadakan bagi memastikan mereka tidak menjalani pembesaran buah dada. Mereka akan berdepan dengan masalah kesihatan jika tekanan udara jatuh ketika penerbangan,” kata agensi berita Yonhap, memetik kenyataan seorang pegawai Garuda.

Menurut pegawai itu, kru kabin diharam daripada memakai tatu.

Mereka yang diambil bekerja di negara lain seperti Jepun dan Australia juga menjalani proses serupa, katanya. — Reuters

No comments: