Pages

Thursday, August 25, 2011

Kastam Terengganu rampas 780 kg mercun

KUALA TERENGGANU - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu menahan tiga lelaki dan merampas 780 kilogram (kg) mercun serta bunga api bernilai kira-kira RM21,868 melibatkan lima kes sepanjang bulan Ramadan ini.
Pengarah Kastam negeri, Abdullah Zawawi Abd Latif berkata, nilai cukai rampasan mercun dan bunga api pelbagai jenis berkenaan ialah sebanyak RM10,961.
"Kejayaan terbaru Kastam semalam berjaya merampas sebanyak 774 kilogram mercun dan bunga api berjaya disita dari sebuah premis perniagaan kosong di Kampung Besut, Kemaman kira-kira 10.20 malam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, rampasan itu dianggarkan bernilai RM21,672 bagaimanapun pemilik premis itu tidak dapat ditahan.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan pemilik premis berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 atas kesalahan menyimpan bahan-bahan larangan. - Bernama

No comments: